Rasa Sekali Pasti Nak Lagi

SUP IKAN KAK DAYANG

Rasa asli, dari dapur Kak Dayang, terus ke mangkuk anda.

Tak perlu fikir panjang – kalau nak sup ikan sedap dan pekat rasa laut, datang saja ke Restoran Sup Ikan Kak Dayang. Sekali cuba, pasti nak lagi!

SUP IKAN KAK DAYANG

Kalau sebut pasal sup ikan, ramai yang terus teringat nama Kak Dayang. Semuanya bermula dengan satu resepi yang dijaga rapi.

Di Restoran Sup Ikan Kak Dayang, kami percaya bahawa makanan yang sedap datang dari hati. Sebab tu, setiap mangkuk sup kami dimasak segar setiap hari, guna ikan tempatan pilihan dan ramuan asli tanpa campuran pelik-pelik. Kuah tomyam yang padu, penuh rasa. Ikannya lembut, tak hanyir. Pedas, masam, masin – semua cukup rasa!

Suasana pun santai je – sesuai untuk lepak makan tengah hari dengan kawan, atau bawa satu keluarga makan malam. Tak kira siapa yang datang, kami layan macam saudara sendiri.

Pilihan Menu Utama

Nikmati keenakan yang menyegarkan setiap hari dengan sajian istimewa kami.

SUP TOMYAM ISI IKAN GORENG

SUP HAMCHOI ISI IKAN FRESH

SUP TOMATO ISI IKAN GORENG

Sup Ikan Kak Dayang: Rasa Asli, Khasiat Maksimum.

Nikmati keaslian rasa sup ikan Kak Dayang yang memberikan kesegaran dan kepuasan di setiap suapan, di mana sahaja anda berada.

Nak Sup Ikan Lazat & Menyegarkan?

Dengan Sup Ikan Kak Dayang, anda boleh nikmati hidangan lazat, segar, dan berkhasiat di mana sahaja. Sesuai untuk semua, mudah dinikmati, dan dibuat daripada bahan-bahan bermutu tinggi. Sekali rasa, pasti teringat selamanya!
SUP IKAN KAK DAYANG
GROUND FLOOR, LOT NO.8 KOISAAN POINT BLOCK C. RANAU, SABAH, MALAYSIA.
© 2025 Web Designed by Khaiz Empire. All rights reserved.
Privacy Policy